Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#InfoBersama POSTING PILIHAN: LANGKAH KETIKA BERDEPAN KEROSAKAN KENDERAAN DI LEBUH RAYA
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bertenang dan mengambil langkah keselamatan yang betul sekiranya kenderaan mengalami kerosakan ketika berada di lebuh raya.
Pastikan kenderaan dialihkan ke bahu jalan sekiranya selamat, nyalakan lampu kecemasan serta pasang segi tiga keselamatan bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain.
Ikuti beberapa tip keselamatan yang telah disediakan sebagai panduan bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain sentiasa terpelihara.