Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

POSTING PILIHAN: KETAHUI UNDANG-UNDANG DAN FAHAMI HUKUMAN JENAYAH NARKOTIK

 
Penglibatan dengan dadah sering bermula dengan rasa ingin tahu, namun akhirnya merampas peluang, merosakkan kepercayaan dan menghancurkan harapan diri serta keluarga. Ingat! Undang-undang negara amat tegas dan kesalahan berkaitan dadah boleh membawa hukuman berat termasuk penjara dan denda.

Ikuti infografik yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mengenai perundangan, hukuman dan kesan terhadap penglibatan jenayah narkotik sebagai panduan bersama.

Salurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah kepada Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik melalui talian 012-208 7222. Berani berkata “tidak” adalah kekuatan sebenar individu!

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

May be an image of text that says 'JANGAN MAIN-MAIN DENGAN DADAH Ketahui Fahami Hukuman. Bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta Seksyen 12(2) Miliki Dadah Denda hingga RM100,000 Penjara hingga Tahun Seksyen 15(1)(a) Penggunaan Dadah Denda hingga Perintah Pengawasan (2-3 tahun) Seksyen 39A(1) Miliki Kuantiti Tertentu Penjara Sebatan Seksyen 39 Mengedar Dadah Hukuman Mati/ Penjara Seumur Hidup Sebatan KUANTITI JADI MENGEDAR: FAKTA Saya Cuma Tolong Simpan' Heroin 15g Methamphetamine 'Pemilikan Tetap Satu Ganja 'Guna Sendiri Tak Berat' Pegang Untuk 'Kawan' KESAN JANGKA PANJANG Salah! Sukar Peluang Depan Keluarga Terjejas Dadah Bukan Jalan Mudah. la Jalan Ke Penjara. JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN) DIRAJA MALAYSIA #TahuUndangUndang #JanganJadiHambaDadah #JSJNPDRM'


 
 
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS