Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[POSTING PILIHAN] IMPAK KRISIS BEKALAN GLOBAL: KDN PERKUKUH "SMART ENFORCEMENT"

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan penguatkuasaan pintar secara bersepadu menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan keselamatan negara serta kestabilan bekalan rakyat terus terpelihara.

Sehingga 10 Mei 2026, operasi bersepadu merekodkan RM331,988 rampasan harian Ops Tiris dengan lebih RM25 juta rampasan kumulatif serta 573 tangkapan melibatkan pelbagai kes jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.

Pendekatan "smart enforcement" ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kawalan sempadan, membanteras penyeludupan dan menjamin keselamatan ekonomi negara.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS