Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PEDOFILIA INTAI KANAK-KANAK

Dunia digital kini bertukar menjadi medan perburuan pemangsa seksual apabila sebanyak 1.47 juta fail bahan eksploitasi seksual kanak-kanak dikesan menerusi siri operasi bersepadu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Polis Diraja Malaysia sejak tahun 2024.

Pendedahan itu membongkar taktik licik pedofilia siber yang memanipulasi kenaifan anak-anak generasi gajet melalui telefon pintar, media sosial dan aplikasi sembang tanpa disedari keluarga.

Pengarah Eksekutif Protect and Save the Children, Puan Amnani A Kadir berkata, golongan kanak-kanak berdepan ancaman pedofilia dan eksploitasi seksual secara senyap apabila pelaku mudah mendekati mangsa secara dalam talian.

Menurutnya, platform digital yang membuka ruang tanpa sempadan menyebabkan sesiapa sahaja boleh berhubung termasuk ketika kanak-kanak bersendirian di dalam bilik.
"Dulu akses kepada kanak-kanak terhad melibatkan orang yang dibawa masuk oleh ibu bapa ke dalam rumah.

"Tetapi sekarang sesiapa sahaja boleh mendekati mereka melalui telefon bimbit dan platform digital," katanya.

Ikuti kupasan lanjut oleh Puan Amnani A Kadir mengenai pedofilia intai kanak-kanak menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'DUNIA DuNIAdigtaialelaenennn medan erburu- bertukar anpemangsas seksuala apabila asebanyak1 bahan eksploitasi seksual |kanak-kanak (CSAM) di- Malaysia (PDRM) tahun 2024 Pendedahan membongkar taktik licik anak sosial generasi gajet dan sembangt Pakar amaran, segera kerana ancaman pengantunan (grooming) eksploitasi seksual kanak kini semakin sukar LAPORAN KHAS Mukasurat2 3&4 1.47 juta fail terbongkar Predator seksual seksualintai intai kanak-kanak'

May be an image of text that says 'LAPORAN DEPAN Pedofilia intai kanak-kanak kanak- kanak Lebih juta fail digital bahan pendera seksual kanak- kanak dikesan Hong Kong. Korea AKTA KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017 (AKTA 792) ALAM- Trendjenayah eksploitasi LAPORANKI ndilakukan digunakan a Menarutnva.codakutehacaar aplikasi Oneration 0 bidakkurang 15tahundan menambah. MENONTONATAU Mengakees platform beliau 20Mac20 Kerjasama JUMLAH 2024hingga MCMC+ 18 Peranti mongihantar Faldigitall 40,000 (disahkani 52,000 117Indhvidu diperincikan 162lokasi 860,000+ Kertas-siasatan Tidakdiperincian Didakwa dpatincikan 204,934 1,470,694fail 67 113mbimum GAGALLAPORKES mengetahul olisbolahd ddanda'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS