Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: TIPU PELABURAN TIDAK WUJUD

 
Jangan mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa dalam masa singkat. Tawaran seperti “labur hari ini, untung berganda esok” sering kali menjadi taktik sindiket penipuan untuk memperdayakan mangsa. Lebih membimbangkan, ada pihak menawarkan komisen lumayan sekiranya berjaya membawa masuk orang lain ke dalam skim tersebut.

Ingat! tiada pelaburan sah yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa singkat tanpa risiko.

Sentiasa semak latar belakang syarikat melalui SC Approved List di www.sc.com.my dan dapatkan nasihat daripada pihak berwibawa sebelum membuat sebarang pelaburan.

 Laporkan segera kepada NSRC di talian 997 sekiranya anda menjadi mangsa penipuan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS