Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

HOSPITAL NAFI KEMATIAN SELEPAS HIDU WANGIAN

Sebaran berita yang mendakwa tujuh wanita meninggal dunia di sebuah hospital selepas menghidu sampel wangian percuma yang diposkan kepada mereka baru-baru ini, adalah TIDAK BENAR.

Pihak polis telah membuat semakan dengan hospital berkenaan dan mendapati ia tidak berasas sama sekali dan pihak hospital tersebut pernah membuat penafian berhubung sebaran ini beberapa tahun yang lalu.

Penafian yang sama juga pernah dikeluarkan oleh Polis Kuala Lumpur pada bulan Julai 2013.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin dan hendaklah mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum berkongsi mengenainya dengan orang lain.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS