Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

PDRM NAFI TERLIBAT SEBARANG PENGANJURAN PERADUAN TAWAR SEJUMLAH WANG TUNAI KEPADA PEMENANG BERTUAH


PERINGATAN: Polis Diraja Malaysia menafikan jabatan ini terlibat dengan sebarang penganjuran peraduan oleh mana-mana organisasi yang menawarkan sejumlah wang tunai kepada para pemenang bertuah.

Didapati terdapat sebaran secara rawak melalui emel yang dipercayai dilakukan oleh sindiket penipuan dengan menggunakan nama syarikat Firefly, Tesco, Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara sebagai pihak yang terlibat dengan penganjuran peraduan tersebut bagi memperdaya orang ramai.

Orang ramai dinasihatkan supaya memastikan sebarang peraduan yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi adalah diadakan melalui saluran rasmi organisasi berkenaan dan perlu mendapatkan pengesahan sekiranya syarat-syarat peraduan yang dikenakan adalah mencurigakan seperti meminta anda memasukkan sejumlah wang terlebih dahulu sebelum berpeluang memenangi nilai wang yang lebih besar.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS