INFO PALSU: Penyebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung dakwaan taktik penjenayah yang mengumpan penghuni agar keluar untuk tutup paip air di kawasan luar rumah di Terengganu dan Selangor adalah TIDAK BERASAS.
Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes yang dimaksudkan.
Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan menghubungi balai polis yang terdekat jika terkesan sebarang kejadian yang mencurigakan.