Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

SEBARAN MAKLUMAT MENDAKWA TERDAPAT INDIVIDU YANG MENGETUK CERMIN PINTU KERETA DAN MENGHULURKAN SEKEPING KAD SAMBIL BERTANYAKAN ARAH


PERINGATAN: Pihak polis mengesan satu sebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang mendakwa terdapat individu yang mengetuk cermin pintu kereta dan menghulurkan sekeping kad sambil bertanyakan arah. Dalam masa yang sama terdapat mata pisau (blade) di belakang kad tersebut digunakan individu tersebut untuk melakukan samun terhadap mangsa.

Hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati tiada kejadian yang berlaku menggunakan modus operandi yang dinyatakan.

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan khususnya mereka yang keluar bersendirian supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS