Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

MESEJ ASP SUMAN BUKAN DARI PDRM

Sebaran mesej kononnya dari ASP Suman Kumar, D9 Bukit Aman mengenai taktik baru jenayah rogol wanita yang didakwa menggunakan bantuan kanak-kanak supaya menghantar ke alamat yang diberikan adalah TIDAK BENAR.

Untuk makluman, Bahagian D9, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman tidak mempunyai pegawai polis dengan nama ASP Suman Kumar.

Mesej ini merupakan mesej lama yang telah dikeluarkan kembali bertujuan untuk menakutkan orang ramai malah pihak PDRM pernah mengeluarkan penafian berkaitan perkara ini.

Walau bagaimanapun, anda semua dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada di atas sebarang kemungkinan berlakunya kejadian jenayah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS