Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

SEBARAN MESEJ VIRAL BERKAITAN TAKTIK JENAYAH MENGGUNAKAN DADAH JENIS ‘WHITE CLAY’

Penyebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan taktik penjenayah menjual pewangi yang mengandungi dadah jenis ‘White Clay’ (ubat penenang) agar dihidu oleh mangsa sebelum mereka dirompak, dirogol atau dibunuh adalah TIDAK BERASAS.

Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling dan menghubungi balai polis terdekat jika terkesan sebarang kejadian yang mencurigakan.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebar maklumat sedemikian kerana ia boleh membangkitkan kegusaran masyarakat tanpa sebab.

ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
BUKIT AMAN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS