Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

VAN PUTIH DI KAMUNTING : PALSU

Polis Perak mengesahkan pemantauan oleh pihaknya mendapati isu yang menjadi viral di media sosial bahawa terdapat sebuah van putih yang berlegar di kawasan Kamunting bagi tujuan menculik kanak-kanak adalah palsu.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata, pihaknya tidak menjumpai sebarang kelibat atau kes yang melaporkan akan kejadian tersebut sejak seminggu yang lepas.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin sebegini atau jangan melibatkan diri dengan menyebarkan berita palsu yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS