Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

TIADA BUDAK LELAKI DICULIK DI KUALA KANGSAR

Polis Perak menafikan mesej yang tersebar luas dalam aplikasi whatsapp kononnya seorang budak lelaki diculik di Kuala Kangsar oleh sekumpulan lima lelaki selepas mereka menahan kereta jenis Mercedes Benz.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata, tiada kes kanak-kanak diculik oleh sekumpulan sindiket seperti yang dilaporkan tetapi ianya hanyalah kes melibatkan melibatkan pertengkaran majikan dan pekerjanya sahaja.

Suka pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebarang mesej viral yang tidak diketahui asal usulnya dan buat semakan dahulu dengan pihak berkuasa tentang sesuatu isu yang boleh menggemparkan keadaan dan ketenteraman awam.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS