Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

SEBARAN MESEJ PALSU


Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menjelaskan bahawa tiada warga kerjanya mengeluarkan kenyataan yang kini tular di laman sosial menasihatkan pemilik kenderaan mengenai langkah-langkah menghadapi cuaca panas ketika fenomena El Nino.

Kenyataan tersebut adalah palsu dan tiada warga kerja TNB seperti yang dinamakan dalam kenyataan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengabaikan kenyataan tersebut.

Sumber: TNB Careline

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS