Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

PENAFIAN: SEBARAN MESEJ PIHAK POLIS MELETAKKAN DADAH DI BUT KENDERAAN

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran mesej melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang menggesa orang ramai agar berhati-hati ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya oleh pihak polis kerana dikhuatiri akan diperangkap dengan cara diletakkan paket berisi dadah di bahagian but kenderaan.

Hasil semakan mendapati mesej yang ditularkan tersebut adalah TIDAK BENAR dan ia sebenarnya dikesan mula tular pada awal bulan Oktober 2018 lalu di Chenai, India.

Masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak benar dari sumber tidak sah sehingga boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada orang ramai.

Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
4 November 2018

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS