Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

GAMBAR MAYAT REMAJA PEREMPUAN PERUT TERBURAI BUKAN DI MALAYSIA

AUTA

Sejak semalam, tular beberapa keping gambar mayat seorang pelajar sekolah ditemui dalam keadaan amat mengerikan di sebuah lokasi yang dikatakan berlaku dalam negara.

Sebaran yang diterima turut disertakan dengan rakaman suara yang mengatakan satu kejadian disahkan polis berlaku di Masai, Johor.

FAKTA

Semakan mendapati kejadian itu bukan berlaku di Malaysia.

Sebaliknya satu kejadian bunuh melibatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang berlaku di Tanjung Medan, Riau, Indonesia pada 24 Oktober tahun lalu.

Berkenaan dengan rakaman suara berkenaan, ia tidak mempunyai kaitan dengan sebaran gambar berkenaan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/14346/BERITA/Jenayah/Gambar-mayat-remaja-perempuan-perut-terburai-bukan-di-Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS