Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[INFO PALSU] BUKAN LIMPAHAN EMPANGAN KENYIR

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video limpahan air empangan yang ditularkan pihak tidak bertanggung jawab di media sosial kononnya pelepasan air dari Empangan Kenyir, Terengganu.

Rakaman video tersebut bukanlah di Empangan Kenyir tetapi dari Empangan Tembat berdekatan yang memiliki kawasan tadahan berkeluasan hanya 0.05% daripada Empangan Kenyir.

Air yang dilepaskan adalah pelepasan semulajadi (natural spillage) yang disalurkan ke Tasik Kenyir dan tidak perlu dibimbangi.

TNB telah membuat persiapan awal menghadapi musim tengkujuh seperti dengan menurunkan paras air empangan dan melaksanakan kerja-kerja senggaraan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS