Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................
[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: AWAS PENIPUAN JUALAN KENDERAAN LELONG!
Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan jualan kenderaan lelong di media sosial yang kononnya melibatkan kenderaan rampasan, tender atau lupus dari luar negara.
Ingat! Tiada individu dilantik oleh mana-mana agensi kerajaan atau swasta untuk menguruskan jualan kenderaan lelong atau lupus. Selain itu, kenderaan dari luar negara tertakluk kepada syarat khas dan prosedur ketat sebelum boleh dimiliki di Malaysia.
Semak dan cakna! Elak diri daripada menjadi mangsa!