Info Peristiwa

#InfoPeristiwa KETUA POLIS PERAK TERBUNUH DITEMBAK EJEN PKM


Pada 14 November 1975
, Ketua Polis Perak ketika itu, DCP Tan Sri Khoo Chong Kong meninggal dunia akibat cedera parah ditembak ejen Parti Komunis Malaya (PKM) di persimpangan Jalan Ashby, Ipoh, Perak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang (13 November) ketika Tan Sri Khoo dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan menaiki kenderaan rasmi yang dipandu Konstabel Yeong Peng Cheong.

Beliau yang ketika itu duduk di bahagian penumpang belakang, dihampiri oleh dua lelaki berpakaian seragam putih dengan menaiki sebuah motosikal semasa sedang berhenti di persimpangan jalan tersebut.

Secara tiba-tiba, beberapa das tembakan dilepaskan dua lelaki berkenaan tanpa sempat untuk Tan Sri Khoo berbuat apa-apa bagi menyelamatkan diri.

Akibat tembakan bertalu itu, tiga butir peluru telah mengenai bahagian kepala manakala sebutir lagi menembusi lengan kiri Tan Sri Khoo.

Konstabel Yeong yang cuba membalas tembakan musuh bagi melindungi ketuanya juga terkena tembakan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Meskipun Tan Sri Khoo segera dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh, namun malangnya kecederaan yang dialami amat parah dan beliau menghembuskan nafas terakhir tepat jam 4.41 petang, selepas 28 jam bertarung nyawa.

Agenda PKM ketika itu ialah membunuh mana-mana pemimpin tertinggi dalam Pasukan Polis yang cuba menghalang dan mengancam pergerakan mereka.

Ingin ketahui lebih banyak informasi berkaitan sejarah dan artifak PDRM? Ayuh layari dan 'Like' FB Muzium Polis Diraja Malaysia!

Image may contain: 3 people, people smiling

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS