Info Peristiwa

#InfoPeristiwa TUGU PERINGATAN NEGARA DIBOM ANGGOTA PKM

Selepas membunuh Ketua Polis Negara ke-3, Tan Sri Abdul Rahman Hashim di persimpangan Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974, pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) semakin berani menentang agenda kerajaan dalam mewujudkan rasa sayang dan cinta rakyat Malaysia kepada negara.

Pada 26 Ogos 1975, sekitar jam lima pagi, pengganas PKM nekad meletupkan Tugu Negara yang ditempatkan berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Letupan kuat tersebut turut dirasai gegarannya oleh penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran, termasuk bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Tugu yang diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon tersebut rosak teruk dek perbuatan khianat pengganas PKM.

Dibina pada tahun 1966, tugu peringatan negara merupakan simbol kemenangan dan pengorbanan para perwira yang rela mengorbankan jiwa serta raga semata-mata untuk menyediakan sebuah negara merdeka, dengan rakyatnya hidup aman harmoni.

Pada 11 April 1977, tugu berkenaan dibaiki semula dan siap sepenuhnya dalam tempoh satu bulan.

Ingin ketahui lebih banyak informasi berkaitan sejarah dan artifak PDRM? Ayuh layari dan 'Like' FB Muzium Polis Diraja Malaysia!

Image may contain: one or more people and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS