Info Peristiwa

#InfoPeristiwa PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI KEPADA PDRM

Sebagai mengiktiraf perjuangan dan pengorbanan segenap lapisan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kedaulatan serta keamanan negara sentiasa terpelihara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-X, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah berkenan menganugerahkan Panji-Panji kepada Sang Saka Biru pada 11 November 1997, bersamaan 10 Rejab 1418 Hijrah.

Pada hari penuh bersejarah itu, penganugerahan Panji Utama khas diberikan kepada PDRM, manakala Panji-Panji lain untuk Pasukan Gerakan Khas, Pasukan Polis Marin, Pasukan Simpanan Persekutuan, Pasukan Gerakan Udara dan 17 Batalion di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA).

PDRM telah mengalami pelbagai fasa perubahan dan peristiwa dalam melaksanakan tugas sebagai penguat kuasa undang-undang utama sejak institusi kepolisan berkenaan bermula sejak 24 Mac 1807.

Antara peristiwa yang tercatat dalam sejarah pasukan polis ialah pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM), Parti Komunis Kalimantan Utara, Konfrontasi Malaysia-Indonesia dan Tragedi 13 Mei 1969.

Selain itu, PDRM turut pernah berdepan dengan ancaman daripada kegiatan ekstremis perkauman dan keagamaan yang boleh menggugat keharmonian kaum seperti Op Lalang dan Al-Arqam.

Peletakan senjata oleh PKM pada 2 Disember 1989 merupakan antara kejayaan besar yang sangat bermakna buat PDRM.

Ingin ketahui lebih banyak informasi berkaitan sejarah dan artifak PDRM? Ayuh layari dan 'Like' FB Muzium Polis Diraja Malaysia!

Image may contain: 7 people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS