Info Peristiwa

INFO BALAI: BALAI POLIS SALAK SELATAN, KUALA LUMPUR


Balai Polis Salak Selatan dibina pada 11 November 1976 dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, DIG Tan Sri Mohamed Amin Osman.

Kawasan di bawah pentadbiran balai tersebut merupakan kawasan yang pesat membangun, di mana penduduknya berjumlah lebih 200,000 orang, dan meliputi kawasan perindustrian, perniagaan, taman-taman perumahan serta rekreasi.

Balai yang terletak di bawah seliaan Ibu Pejabat Polis Cheras itu juga diketuai oleh seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) sebagai Ketua Polis Balai dan dibantu oleh 182 Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

Image may contain: text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS