Info Peristiwa

#LegasiPejuangSeragamBiru SARJAN/S SALAM TUGIRAN

Sarjan Sokongan (S) Salam Tugiran dilahirkan pada 20 Mei 1971 di Sandakan, Sabah. Beliau mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Jun 1994 sebagai Konstabel Sokongan dan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Bukit Siol, Kuching, Sarawak. Sejurus tamat menjalani latihan, Sarjan/S Salam ditempatkan untuk bertugas di Cawangan Khas, Sandakan, Sabah dan tugas terakhir beliau adalah di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Sabah.

Tanggal 2 Mac 2013, Sarjan/S Salam yang pada ketika itu berpangkat Koperal/S bertugas sebagai pemandu merangkap pengiring kepada Allahyarham ACP Ibrahim Lebar telah telah menyertai satu operasi khas bagi mengesan dan menangkap anggota penceroboh Tentera Diraja Kesultanan Sulu atau lebih dikenali sebagai Royal Sulu Force (RSF) di Kampung Simunul, Semporna, Sabah.

Ketika proses pemeriksaan dilakukan, Sarjan/S Salam dan rakan sepasukan telah diserang hendap dengan senjata api dan parang Barong oleh penceroboh RSF yang bersembunyi dalam beberapa rumah penduduk di kampung air berkenaan. Malangnya, beliau terkorban akibat terkena tembakan rambang penceroboh yang datang dari pelbagai arah.

Bagi menghargai jasa dan sifat keperwiraan Allahyarham Sarjan/S Salam kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XIV Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani kepada beliau pada 2 Disember 2014. Allahyarham Sarjan/S Salam turut dinaikkan pangkat secara medan daripada Koperal/S kepada Sarjan/S pada Sambutan Hari Polis ke-206.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: one or more people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS