Info Peristiwa

#InfoKPN: JOM KENALI KPN KELAPAN

Ketua Polis Negara Kelapan: IG Tan Sri Dato' Seri Musa Tan Sri Haji Hassan (12.09.2006 - 12.09.2010)

Tan Sri Musa Tan Sri Haji Hassan dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur dan seterusnya ke Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang, Petaling Jaya. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti of Wales, Aberystwth dan memperolehi Diploma dalam bidang undang-undang. Pada tahun 2002 beliau telah mengikuti kursus The Oxford Advanced Management Programme di Templeton College, University of Oxford, England.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Inspektor Pelatih selepas menjalani latihan asas kepolisan di Maktab Kuala Kubu Bharu Selangor. Selepas menamatkan latihan beliau telah ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dengan menjawat jawatan Inspektor Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada 2 Mei 1970.

Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai serta anggota bawahannya. Beliau sangat berterus terang tentang strategi dan cara pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya, di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat.

Pada 3 Januari 2005 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dengan pangkat Deputi Inspektor General (DIG). Kemuncak kerjaya beliau dalam pasukan polis ialah apabila beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara kelapan bagi menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Haji Omar pada 12 September 2006.

Sumber: Muzium Polis Diraja Malaysia

Image may contain: 1 person, close-up

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS