Info Peristiwa

VIDEO PILIHAN: DSP (B) KENNY WOODWORTH ANTARA WIRA TUMPASKAN BOTAK CHIN

Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai "Botak Chin" merupakan salah seorang ahli kongsi gelap Geng 360 yang aktif melakukan rompakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun 1970-an.

Beliau sangat ditakuti oleh orang ramai kerana aktiviti jenayah yang dilakukan dan memiliki pelbagai koleksi senjata api, ribuan peluru hidup dan bom tangan.

Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Botak Chin berjaya ditangkap oleh DSP (B) Kenny Woodworth, yang merupakan salah seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam 'The Magnificient 12’ dari Cawangan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur yang dipilih khas bagi memburu penjenayah paling dikehendaki itu.

Ikuti temubual khas bersama DSP (B) Kenny yang berkongsi pengalamannya ketika terlibat dalam operasi memburu Botak Chin yang akhirnya berjaya ditahan dan dijatuhkan hukuman mati.

Layari juga https://malaysiagazette.com/…/eksklusif-kenny-wira-tak-did…/ untuk bacaan penuh artikel mengenai DSP (B) Kenny Woodworth.

Sumber video: Malaysia Gazette

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS