Info Peristiwa

SEGMEN #ThrowBack: HANYA YANG TERBAIK DIPILIH MENGANGGOTAI PPH WANITA PERTAMA

Pegawai dan anggota yang diserap masuk ke dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) Wanita Pertama telah dipilih secara khas sebelum menjalani kursus selama tujuh minggu di Pusat Latihan PPH, Ulu Kinta, Perak.

Jom sama-sama kita mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, suatu ketika dahulu menerusi segmen #ThrowBackPDRM.

Gambar berikut diambil semasa mereka sedang menjalani latihan dalam Kursus Peralihan PPH.

Ketika itu, peranan PPH Wanita bukan sahaja menjalankan tugas-tugas di kem, bahkan dihantar ke hutan sebagai "signallers", ordeli perubatan, "escort" dan menyoal pengganas-pengganas wanita yang ditangkap atau menyerah diri di dalam sesebuah operasi yang dijalankan.

Sebelum itu, mereka telah dibekalkan ilmu dan diberikan latihan jasmani, pertolongan cemas, muslihat peperangan di hutan, pergerakan serta-merta, menembak dan pengendalian senjatapi serta taklimat berkaitan Parti Komunis Malaya juga Orang Asli.

Maklumat lanjut menerusi ‘Buku Polis Wanita’ (Sejarah Bergambar 1955-2007)

Jika anda mempunyai sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami, sila hantarkan ke emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.

#ThrowBackPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#13072020

Image may contain: 1 person, text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS