Info Peristiwa

SEGMEN #ThrowBackPDRM: PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN DITUBUHKAN DEMI KEAMANAN NEGARA


Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, suatu ketika dahulu menerusi segmen #ThrowBackPDRM.

Tahukah anda, gambar berikut merupakan skuad pertama Pasukan Simpanan Persekutuan?

Pasukan ini ditubuhkan pada 5 Disember 1955 apabila terlalu banyak kejadian mogok, rusuhan dan perhimpunan haram yang berlaku di Tanah Melayu. Selain itu, anggota pasukan ini juga ditugaskan untuk membuat rondaan sempadan demi menjaga keamanan dan kesejahteraan awam.

Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).

Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#ThrowBackPDRM
#25072020

Image may contain: 3 people, text that says 'TERBITAN KONSEP URUSSETIA KPN KOMUNIKAS KORPORAT) TAHUN 1955 SEGMEN #THROWBACK Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) mula ditubuhkan pada tahun 1955 bagi menangani situasi mogok dan rusuhan yang berlaku merata-rata tempat di Tanah Melayu pada ketika Penubuhan unit ini adalah khusus untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Polis Diraja Malaysia pdrmsia official PDRMsia PDRMsia'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS