Info Peristiwa

SEGMEN #ThrowBackPDRM: PEMODENAN PDRM BERGERAK SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Perkembangan pelbagai sistem maklumat yang digunakan dalam Pasukan hari ini, merupakan hasil penat lelah generasi terdahulu dalam mempelajari teknologi komputer.

Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, suatu ketika dahulu menerusi segmen #ThrowBackPDRM.

Gambar berikut diambil ketika Cawangan Teknologi Maklumat menerima komputer jenis 2903 dari London. Pada ketika itu, hanya sistem gaji dan personel sahaja berjaya diselesaikan.

Pada tahun 1977 sistem rekod jenayah, fail senjatapi dan pengambilan rekrut baru dikemaskini sehingga sekarang bagi memudahkan urusan pengumpulan data.

Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).

Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.

#ThrowBackPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#08082020

Image may contain: 4 people, text that says 'TERBITAN KONSEP URUSSETIA KOMUNIKASI KORPORAT) TAHUN 1976 SEGMEN #THROWBACK Anggota polis wanita diajar untuk mengendalikan komputer semasa awal penubuhan nubuhan Cawangan Teknolog Maklumat di dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia. PolisDirajaMalaysia pdrmsia official PDRMsia PDRMsia'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS