Info Peristiwa

GENAP 71TAHUN PERISTIWA SERANGAN PKM KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPONG

Tanggal 23 Februari 1950 – Meskipun 71 tahun telah berlalu, namun peristiwa serangan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap Balai Polis Bukit Kepong tidak pernah luput dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Pengganas komunis telah merancang untuk menyerang balai berkenaan kerana kedudukannya yang agak pedalaman, iaitu sejauh 10 kilometer dari Lenga, sebuah pekan kecil dalam daerah Muar, Johor.

Atas faktor tersebut juga, pihak pengganas sangat yakin bahawa mereka mampu menewaskan kekuatan anggota balai yang kecil dengan mudah, selain ingin membalas dendam ekoran kekalahan dengan pasukan keselamatan di Pekan Labis.

Dalam kejadian awal pagi itu, seramai 180 pengganas telah mengepung sekeliling kawasan balai dan melakukan serangan secara gerila terhadap anggota polis yang bertugas di situ.

Meskipun telah berjuang habis-habisan bagi mematah serangan musuh dan mempertahankan balai serta keluarga, namun akhirnya satu persatu anggota polis gugur menyembah bumi. Keberanian para isteri yang turut mengangkat senjata juga tidak mampu melawan bilangan musuh yang ramai.

Peristiwa berdarah itu berakhir dengan 25 nyawa yang terdiri daripada 15 anggota polis, empat anggota Auxiliary Police (AP) dan enam ahli keluarga termasuk dua orang awam terkorban. Manakala empat lagi anggota polis mengalami kecederaan parah. Seramai 40 pengganas telah berjaya ditumpaskan pasukan polis dalam serangan tersebut.

19 orang yang meninggal dunia.

1. Sarjan 3493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Polis Balai Bukit Kepong)
2. Koperal 7068 Md Yassin bin Hj A.Wahab
3. Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
4. Konstabel 37 Abu Bakar bin Daud
5. Konstabel 60 Ibrahim bin Adam
6. Konstabel 68 Awang bin Ali
7. Konstabel 181 Basiron bin Adam
8. Mata-Mata (MM) 7493 Mohamad bin Jaafar
9. MM 9136 Hassan bin Othman
10. MM 8600 Jaafar bin Hassan
11. MM 5674 Abu bin Mohd Ali
12. MM 7862 Abdul Kadir bin Jusoff
13. MM 3933 Hamzah bin Ahmad
14. MM/Tambahan 3475 Mohd Tap bin Lazim
15. MM/T 3795 Jaafar bin Arshad
16. Auxiliary Police (A/P) 1925 Ali Akob bin Othman
17. A/P 2127 Osman bin Yahya
18. A/P 2130 Samad bin Yatim
19. A/P 1912 Mahmud bin Sa’at

Empat (4) orang cedera parah.

1. Konstabel 37 Abu Bakar Daud
2. MM 10533 Osman Yusof
3. MM 7645 Yusof bin Rono
4. MM/T 3472 Ahmad bin Khalid.

Semoga perjuangan setiap anggota polis dan ahli keluarga yang terkorban serta tercedera dalam peristiwa tersebut akan sentiasa dikenang oleh kita semua.

Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat para pejuang negara yang telah pergi. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dengan para solihin.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/

https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#23022021

May be an image of 13 people and text that says 'Konsep kN asKoporat MEMPERINGATI 71 TAHUN BALAI POLIS BUKIT KEPONG 25 FEBRUARI 1950 Polis Diraja Malaysia pdrmsia official PDRMsia PDRMsia PDRMsia'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS