Info Peristiwa

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI PAHLAWAN 2021: SEMANGAT MAT ARIFFIN MACAM 'KARAN' BERTEMPUR DENGAN KOMUNIS

Lipis, 19 Ogos 2021 - Bekas “home guard”, Mat Ariffin Mat Deris, 98, antara insan yang masih menyimpan banyak kenangan bermula sejak zaman pendudukan Jepun, era Darurat 1948 sehinggalah negara mengisytihar proklamasi Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Warga emas yang tinggal di Kampung Tanjung Buluh, dekat Kerambit kira-kira 25 kilometer dengan bandar Kuala Lipis mungkin merupakan bekas “home guard” yang masih hidup, berbanding rakan lain yang sudah lama meninggal dunia.

"Saya dilahirkan di Kampung Kuin Merah, Rantau Panjang mula membuat kad pengenalan apabila dipanggil oleh British untuk menjadi anggota “home guard” pada usia 27 tahun.

"Penugasan kami sebagai “home guard” ditempatkan di Kampung Banggul Cik Wan dan kawasan berdekatan di bawah pengurusan Balai Polis Meranti, Pasir Mas yang diketuai seorang pegawai British juga mengajarkan cara berkawad dan menembak," katanya di Kampung Tanjung Buluh, dekat sini kelmarin.

Semasa bertugas, tambahnya anggota “home guard” cuma dibekalkan senapang patah Johnson atau dikenali senapang Cap Burung Hantu untuk mengawal dan membedil pengganas ketika bertembung.

"Semasa bertempur, semangat saya naik seperti 'karan' dan pantang berundur dengan melepaskan tembakan dan hanya berserah kepada Allah SWT mengenai keselamatan diri ini.

"Selepas itu, saya menyertai pasukan polis selama beberapa tahun bertugas di beberapa buah tempat dan terakhir sekali sebelum bersara di Balai Polis Meranti, Pasir Mas," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text that says 'Semangat Mat Ariffin macam 'karan' bertempur dengan komunis LIPIS: Bekas home guard, Mat Ariffin antara menembak mati seorang serta mencederakan rakan pengganas dengan ilome- 'Semasa bertempur, seman- seperti dan hidup, Allah Utusan lanjut, Mat hingga tinggal ARIFFIN sehingga Deris (tengah) Gemilang FADILAH AHMAD pengurusan Polis Meranti anaknya, Kamaruzaman (kanan) Merah, Darurat. Nawi bersemangat pemuda dalam ka- wasan berfungsi menjaga kampung anggota home katanya. home bersara tambah- ambil ditempatkan sangat kawasan berdekatan bawah napang pemborong pembinaan penduduk guard UMNO pung hendap rakan home dan kawasan Sungai komunis UMNO Bahagian daerah pertempuran kami kemudian berpindah menetap Kampung Tanjung Buluhs hingga katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS