Kota Tinggi, 17 September 2021 – Setiap kali tibanya Hari Malaysia, pesara Sub Inspektor (SI) Mohd Salleh Yunos pastinya akan terkenang detik-detik ketika operasi berdepan tentera Indonesia yang terkepung setelah menyusup ke Pengerang dekat sini pada 1965.
Peristiwa tersebut berlaku semasa era Konfrontasi Malaysia-Indonesia yang mencetuskan konflik bersenjata.
Encik Mohd Salleh yang ketika itu bertugas di Batalion Kedua Pasukan Polis Hutan (PPH) Kem Hulu Kinta, Perak dihantar ke Singapura untuk diseberangkan ke Pengerang dengan feri dari Changi.
Kata veteran PPH berusia 87 tahun ini, kedudukan Pengerang yang merupakan pekan terpencil di selatan Johor agak jauh berbanding menggunakan jalan laut yang dekat dengan Singapura.
“Semasa Konfrontasi meletus, PPH dan tentera masih terlibat dalam operasi di sempadan Malaysia-Thailand kerana ancaman komunis masih ada ketika itu.
“Apabila menerima arahan untuk ke Penggerang, kami memang tidak ragu-ragu dan tak takut untuk berhadapan dengan tentera musuh walaupun ada cerita kononnya mereka ini kebal dan tidak lut ditembak,” ujarnya.
Ikuti pengalaman sebenar pesara SI Mohd. Salleh mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi musuh menerusi keratan akhbar terbitan
Kosmo Online.