Revolusi polis trafik wanita di dalam Cawangan Trafik (kini Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik) Polis Diraja Malaysia bermula selepas tertubuhnya Cawangan Polis Wanita pada Ogos 1955.
Dahulunya tugas mereka dihadkan kepada tugas di pejabat, mengawal dan membantu pelajar sekolah dan warga tua melintas jalan serta membantu anggota polis trafik lelaki mengawal lalu lintas.
Kini, peranan dan tanggungjawab polis trafik wanita telah berubah mengikut peredaran zaman dan keperluan skop penugasan.