Info Peristiwa

[HARI POLIS KE-215] INFO BALAI: BALAI POLIS PULAU BUM-BUM, SABAH

Balai Polis Pulau Bum-Bum, Semporna terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, Sabah. Ia telah dirasmikan pada 2 Ogos 2013 oleh Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu, CP Datuk Wira Hamza Hj. Taib.

Balai tersebut mempunyai keluasan kawasan pentadbiran 54 kilometer persegi meliputi kawasan perkampungan dan pelancongan seperti Pulau Mabul dan Sipadan.

Ia diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) dengan dibantu oleh seramai 61 orang Pegawai Rendah Polis berlainan pangkat.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS