Info Peristiwa

COUNTDOWN HARI PAHLAWAN: 3 HARI LAGI

Tiga hari lagi menuju Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2022!

Sekalung penghormatan dan ingatan tulus ikhlas buat seluruh wira dan wirawati negara yang telah pergi buat selama-lamanya.

Tak mampu dibalas dengan apa jua kemewahan di dunia ini atas jasa bakti serta pengorbanan yang anda curahkan, demi melihat bumi Malaysia kekal harmoni hingga ke penghujungnya... Terima kasih wahai wira dan wirawati negara!

Warga Sang Saka Biru juga berjanji penuh taat setia, tidak akan sesekali mensia-siakan titisan darah perwira yang gugur di medan perjuangan. Semuanya, dengan rela hati demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

#JasamuDikenangSepanjangZaman
#HariPahlawan2022
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#28072022

May be an image of 2 people and text that says 'SARJAN ABDUL RAHMAN NORDIN Pada 11 Julai 2021, gugurnya wira Pasukan, Allahyarham Sarjan Abdul Rahman Nordin,33, akibat cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Jalan Tampoi Jalan Padi Emas 1, Johor Bahru, Johor ketika sedang menjalankan tugas risikan di sekitar kawasan berkenaan. Tempat bertugas Allahyarham Sarjan Abdul Rahman yang terakhir adalah di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Allahyarham pergi meninggalkan seorang balu bersama dua cahaya mata berusia 6 dan tahun. #JasamuDikenangSepanjangZaman QHARI OLAGI SAMBUTAN HARI PAHLA WAN Polis Diraja Malaysia pdrmsia_official pdrmsia_oft Û) PDRMsia PDRMsia PDRMsia_Official'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS