Info Peristiwa

BALAI POLIS BUKIT TENGAH, PULAU PINANG

Balai Polis Bukit Tengah terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Ia dirasmikan pada 8 Februari 1972 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Mohamed Salleh Ismael.

Balai tersebut mempunyai keluasan pentadbiran 57 kilometer persegi meliputi kawasan perladangan, perindustrian dan perikanan.

Penugasan balai turut mendapat sokongan kekuatan dari tiga pondok polis iaitu Pondok Polis Juru, Pondok Polis Permatang Tinggi dan Pondok Polis Kota Permai.

Ia diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Asisten Superintendan Polis dan dibantu seramai 64 orang Pegawai Rendah Polis berlainan pangkat.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS