Info Peristiwa

HARI PAHLAWAN 2025: FSC PERISAI PDRM DALAM KAWALAN SEMPADAN DAN OPERASI HUTAN

Kereta perisai Ferret Scout Car (FSC) menjadi antara aset penting dalam skuadron berperisai milik Polis Diraja Malaysia. Ia diletakkan di bawah Skuadron Perisai Pasukan Polis Hutan. Pada 28 Julai 1971, sebanyak 22 buah FSC telah ditauliahkan oleh Tun Mohamed Salleh Ismail di dalam Majlis Upacara Mentauliah di Markas Briged Utara, Pasukan Polis Hutan yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak.

FSC telah digunakan untuk melaksanakan tugasan penting seperti peninjauan, kawalan keselamatan dan mengawal sempadan terutamanya dalam operasi melalui jalan hutan. Saiz FSC yang kecil dan mudah dikendalikan di dalam hutan menjadikan ia sering digunakan sebagai barisan hadapan.

Kapasiti FSC ini boleh membawa dua anggota yang ditugaskan sebagai pemandu dan mengendalikan senjata. Kereta perisai ini dilengkapi dengan mesin gan ringan dan pelancar bom asap (smoke grenade).

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS