#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

JANGAN TERLALU KONGSI MAKLUMAT PERIBADI

#JomBeringat

Jangan terlalu seronok berkongsikan gambar peribadi di media sosial, akibatnya boleh mengundang bahaya!

Dalam dunia tanpa sempadan kini, terdapat pelbagai jenis golongan manusia menggunakan media sosial sama ada untuk perbuatan yang baik atau pun sebaliknya.

Namun, bagi kaum wanita yang suka memuat naik gambar peribadi menerusi media sosial mereka, perbuatan itu mungkin mengundang sifat keji dan jenayah dari segelintir golongan manusia yang akan menjadikan gambar-gambar wanita di media sosial sebagai bahan memuaskan nafsu. 

Tips #JomBeringat bagi mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya:

1. Pastikan semua rakan-rakan di semua akaun media sosial anda adalah orang yang dikenali. 
2. Tetapkan gambar yang dimuat naik hanya untuk paparan rakan-rakan yang terpilih sahaja. 
3. Elakkan daripada memuatnaik gambar yang memaparkan bentuk tubuh badan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS