#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

TELEFON BIMBIT PUNCA UTAMA NAHAS?

#JomBeringat 

Pernahkah anda menggunakan telefon bimbit ketika memandu? Sekiranya ya, adakah anda tahu penggunaan telefon bimbit ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan jalan raya?

Tidak dinafikan kewujudan telefon pintar dengan pelbagai kemudahan telah banyak mengubah kehidupan kita menjadi lebih mudah. Tetapi, perbuatan memandu sambil menggunakan telefon adalah membahayakan lebih-lebih lagi apabila kita menggunakannya untuk melayari laman sosial, mengambil gambar atau mencari lokasi. 

Menggunakan telefon ketika memandu merupakan kesalahan di bawah Kaedah 17A Dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959), yang boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300. 

Ingatlah, nyawa boleh melayang disebabkan kecuaian anda.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS