#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

IBU AYAH, JANGAN TINGGALKAN ANAK DALAM KERETA WALAUPUN SEKEJAP!




Ramai ibu bapa yang beranggapan 'tidak mengapa’ untuk tinggalkan anak sebentar di dalam kenderaan untuk menyelesaikan sesuatu urusan. 

Dengan alasan, "Alah, bukan lama urusan...lagipun dah pesan pada anak duduk diam-diam",
"Susahlah bawak anak sekali...macam-macam dimintanya nanti", "Tak sampai hatilah nak kejutkan anak tengah tidur..." dan macam-macam lagi alasan.

Tapi tahukah anda, selain mereka terdedah dengan risiko strok haba yang boleh membawa kepada kematian, anda juga membuka peluang kepada penjenayah? 

Di Jitra, Kedah, seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditinggalkan dalam kereta nyaris dilarikan penjenayah apabila bapa mangsa singgah di stesen minyak untuk ke tandas, seperti yang dilaporkan media tahun lalu. 

Pada tahun 2016, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah dilarikan seorang lelaki selepas mangsa ditinggalkan sebentar di dalam kereta ibunya di hadapan sebuah kedai runcit di Tambun, Ipoh untuk membeli keperluan masakan. 

Banyak lagi kes-kes sebegini yang dilaporkan, namun masih ramai ibu bapa yang tidak terkesan dan mengambil iktibar daripadanya. Perlukah berlaku pada batang hidung sendiri baru hendak menyesal? 

Sekiranya perlu tinggalkan mereka sebentar atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan ada orang dewasa bersama mereka di dalam kenderaan. Jangan sesekali biarkan mereka bersendirian kerana di usia yang masih kecil, anak-anak tidak mampu berfikir dan bertindak dengan cepat sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. 

Jika tiada orang dewasa? Bawa mereka bersama-sama anda. Tiada alasan! Tiada kompromi! 

Ingat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi... 

Ketahuilah juga, mana-mana ibu bapa yang terlibat dalam kecuaian menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan kemalangan atau kehilangan nyawa boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Seksyen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS