#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

KEMURUNGAN: KENALI SIMPTOM DAN CARA UNTUK MEMBANTU




Kita sering mendengar kes-kes tragis yang dikaitkan dengan kemurungan, yang mana ia adalah sejenis penyakit biologikal yang dihidapi seseorang tidak disedari tanpa mengira usia, jantina, personaliti, latar belakang dan fisiologi seseorang. Individu yang mengalami kemurungan atau depresi kebiasaannya memilih untuk menyendiri daripada keluarga dan rakan-rakan kerana beranggapan tiada siapa yang memahami mereka.

Apakah simptom kemurungan? Antaranya: 

1. Terasa hilang harapan dan tidak mampu dibantu oleh sesiapapun. 

2. Tidak lagi bersemangat atau berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan.

3. Kurang selera makan dan berat badan merosot daripada asal dalam waktu yang singkat.

4. Menjadi seorang yang mudah marah dan berasa tidak tenang.

5. Tidak boleh memberi fokus atau mengingati sesuatu perkara yang dilakukan.

Bagaimana keluarga/rakan/masyarakat boleh membantu mereka yang depresi?

1. Luangkan masa dan sentiasa bercerita dan memberi dorongan yang positif bersama mereka. Jangan biarkan mereka bersendirian.

2. Lakukan aktiviti sihat bersama seperti bersenam, berbasikal, berenang dan sebagainya. Dengan aktiviti sebegini, mereka akan bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk mengharungi hari-hari berikutnya. 

3. Bantu mereka agar sentiasa berfikir secara positif. Buangkan rasa tidak yakin, tiada harapan atau kebosanan dalam hidup. Galakkan mereka untuk sentiasa memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan dalam menjalani kehidupan seharian.

4. Bantu mereka mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mendapatkan semula aturan diet yang betul dan seimbang. Sebaik-baiknya, anda juga turut serta melakukan aktiviti ini sebagai dorongan untuk mereka kembali pulih.

Sumber gambar: Google
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS