#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

SUKA LEPAK MAKAN DI TEPI JALAN? SILA BACA INFO INI





Memang seronok apabila sekali sekala dapat meluangkan masa berbual bersama ahli keluarga, kawan-kawan atau rakan sekerja sambil lepak di kedai makan atau restoran mamak di tepi-tepi jalan.

Namun begitu, keselamatan diri jangan sesekali diabaikan. Walaupun mungkin jarang berlaku, terdapat beberapa kes yang dilaporkan di mana pelanggan restoran parah selepas dirempuh kenderaan ketika sedang makan di tepi jalan.

Sebaiknya anda dinasihatkan untuk memilih tempat duduk yang lebih selamat di dalam kedai makan tersebut. Selain dapat mengurangkan risiko kemalangan, anda juga dapat mengelakkan kejadian jenayah seperti ragut.

Pemilik premis pula yang meletakkan kerusi dan meja makan di tempat parkir tanpa kebenaran boleh dikenakan mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) boleh dikenakan kompaun maksimum RM500. Jika kesalahan berulang, kompaun maksimum RM1,000 boleh dikenakan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS