#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

TIPS ELAK TERTINGGAL ANAK KECIL DI DALAM KENDERAAN



Menjadi mimpi ngeri kepada ibu bapa atau penjaga apabila mendapati mereka meninggalkan anak kecil di dalam kenderaan tanpa disengajakan. Sibuk memikirkan urusan rumah, hal pejabat, bercakap di telefon ketika memandu antara penyebab boleh berlakunya kejadian sebegini. Namun tahukah anda ia sangat berbahaya kepada kanak-kanak dan mereka berisiko kehilangan nyawa disebabkan oleh strok haba dan kes jenayah seperti culik?

Bagaimana mengelakkan anda terlupa dengan keberadaan anak kecil di dalam kenderaan?

1. Jadikan sebagai habit untuk memeriksa keseluruhan bahagian dalaman kenderaan sebelum mengunci dan meninggalkannya.

2. Elakkan sebarang gangguan semasa memandu terutama berbual di telefon.

3. Jadi ‘extra’ peka apabila ada perubahan kepada rutin harian anda seperti menggunakan laluan berbeza untuk ke pejabat atau ke pusat jagaan. 

4. Minta pengasuh menghubungi anda sekiranya lewat menghantar anak seperti kebiasaan.

5. Letakkan barangan penting seperti beg, telefon bimbit atau tag pejabat di kerusi penumpang belakang bagi memboleh anda mengambilnya semasa tiba di destinasi.

6. Letakkan anak bertentangan dengan kerusi pemandu bagi mengelakkan titik buta jika mereka berada betul-betul di belakang kerusi anda.

Jika anda ternampak ada kanak-kanak ditinggalkan dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa bersama di dalam kenderaan tersebut, segera hubungi pihak berkuasa! Melindungi mereka adalah tanggungjawab semua pihak! 

Ketahuilah juga mana-mana ibu bapa yang terlibat dalam kecuaian menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan kemalangan atau kehilangan nyawa boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001. Seksyen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS