#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

TIPS KESELAMATAN KETIKA DI MASJID




Jemaah wanita sering dijadikan sasaran penjenayah bagi kes kecurian beg berbanding jemaah lelaki ketika sedang bersolat.

Mungkin kerana gemar membawa barangan berharga seperti barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai semasa bersolat, menjadi faktor utama mengapa golongan ini dijadikan sasaran. 

Adalah dinasihatkan supaya langkah-langkah keselamatan ini dipraktikkan bagi mengelakkan anda menjadi mangsa kecurian:

1. Disaran untuk anda menunaikan solat secara bergilir-gilir jika bersama keluarga atau rakan.

2. Jika bersendirian, elakkan membawa barangan berharga atau wang tunai yang banyak. 

3. Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Penjenayah akan tetap mengambil kesempatan sama ada dalam keadaan sibuk ataupun lengang. Pastikan beg tangan atau barang peribadi tidak terlepas daripada pandangan atau jagaan.

4. Segera menjerit meminta bantuan sekiranya anda terlihat individu yang mencurigakan di ruangan solat.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS