#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

AWAS PENCURI DALAM PESAWAT

#JomBeringat

Jika anda merasakan barangan peribadi yang dibawa bersama dalam pesawat adalah selamat, fikir semula!

Ramai dalam kalangan penumpang penerbangan dilaporkan mengalami kecurian barang peribadi yang diletakkan di tempat simpanan bagasi kabin.

Aktiviti tersebut dipercayai dilakukan oleh sindiket yang beroperasi di China, Hong Kong dan Vietnam bagi menjalankan kegiatan mencuri barang peribadi penumpang di atas pesawat.

Ahli sindiket menyasarkan penumpang yang leka atau sedang tidur sebelum mengambil beg yang disimpan di ruang atas tempat duduk.

Penumpang yang menaiki mana-mana penerbangan dinasihatkan untuk:

1. Menyimpan barangan berharga pada ruang hadapan kerusi masing-masing.
2. Sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling.
3. Pastikan beg yang dibawa berkunci dan miliki ciri yang mudah dikenal pasti (warna, bentuk, tag nama).
4. Simpan wang dan kredit kad yang dibawa dalam beg yang berasingan.
5. Jika ingin menyimpan beg di tempat simpanan bagasi, letakkan secara bertentangan agar mudah diperhati.
6. Laporkan segera kepada kru penerbangan jika mensyaki terdapat individu yang mencurigakan di dalam pesawat.

Sumber gambar: FB Faiz Mokhtar

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS