#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

AWASI PERGERAKAN ANAK-ANAK KECIL

ada 8 Oktober lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan dalam satu kejadian di Ipoh, Perak.

Selang beberapa hari kemudian, satu lagi insiden sama menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Kuantan, Pahang selepas dia terjatuh ketika bermain berhampiran lubang kumbahan tersebut.

Dalam usia yang terlalu muda, anak-anak kecil ini tidak berupaya untuk berfikir mengenai bahaya yang ada di sekeliling mereka. Ibu bapalah yang perlu mengawasi segala gerak-geri dan menegah sekiranya mereka cuba melakukan sesuatu yang berbahaya.

Nasihat Admin:

1. Jangan sewenangnya meletakkan tanggungjawab terhadap kanak-kanak lain yang berada dalam lingkungan umur anak anda untuk menjaga diri mereka sesama sendiri.

Ia tidak selamat kerana masing-masing juga dalam fasa ingin meneroka sesuatu yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Pastikan ada individu dewasa bersama mereka.

2. Pastikan juga persekitaran adalah selamat dan bebas bahaya terutama ketika melakukan aktiviti di luar rumah.

Jangan sesekali benarkan anak-anak bermain berhampiran kawasan seperti pencawang elektrik, longkang besar, lubang atau loji kumbahan.

3. Sekiranya terdapat penutup lubang kumbahan atau longkang di kawasan perumahan anda hilang, segera laporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk dibaik pulih dengan kadar segera.

Tutup sementara atau tandakan sesuatu pada lubang berkenaan sebagai amaran untuk tidak berada atau bermain berhampiran kawasan tersebut.

Image may contain: one or more people, text and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS