#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

TAZKIRAH JUMAAT

Assalamualaikum wbth dan selamat pagi,

Kelebihan Memberi Salam Kepada Kanak-Kanak

Daripada Anas RA, satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata: “Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).”

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:

1. Sunat memberi salam kepada kanak-kanak untuk mengajar mereka kelebihan salam, mendidik mereka dan membaikkan hati mereka.

2. Kanak-kanak merupakan sebahagian anggota masyarakat yang perlu kepada didikan yang secukupnya untuk membantu mereka menjadi orang yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.

3. Islam tidak membataskan umatnya membuat kebaikan sekalipun kepada kanak-kanak seperti memberi salam kepada mereka yang mana amalan ini merupakan sunnah Rasulullah SAW yang patut diikuti oleh umat Islam.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

#TazkirahJumaat

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Image may contain: text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS