#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat BUANG SLIP BANK MERATA-RATA BOLEH UNDANG RISIKO JENAYAH

Setiap kali menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), ramai yang akan mencetak slip bank bagi memeriksa baki wang yang disimpan.

Apa yang mengecewakan, terdapat segelintir penguna yang gemar membuang slip bank merata-merata meskipun telah disediakan tong sampah berhampiran mesin tersebut.

Perbuatan itu bukan sahaja mengotorkan persekitaran, malah secara tidak sedar memberi peluang kepada penjenayah untuk melihat jumlah wang pada slip yang dibuang tersebut.

Kecuaian yang mungkin nampak remeh sedemikian, sebenarnya membuka ruang berlakunya kes-kes seperti ragut, rompakan atau jenayah siber.

Nasihat kami:

1. Jadikan sebagai rutin untuk membuang slip bank yang dicetak ke dalam tong sampah yang disediakan.

2. Sebelum itu, koyakkannya menjadi cebisan kecil supaya segala maklumat yang tertera sukar untuk dibaca.

3. Yang terbaik, lihat sahaja jumlah wang simpanan anda pada paparan skrin tanpa perlu mencetakkannya. Ia bukan sahaja mengurangkan risiko jenayah, malah menyokong Kempen Amalan Hijau bagi mengurangkan penggunaan kertas.

Kredit gambar: FB Mohd Sadek Yasin

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS