#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat HATI-HATI BUAT 'PEACE SIGN' KETIKA BERGAMBAR

Anda suka membuat 'peace sign' ketika bergambar? Fikir semula selepas ini kerana aksi tersebut boleh menyebabkan maklumat peribadi anda dicuri oleh penggodam!

Pakar penyelidik keselamatan dari National Institute of Informatics (NII) di Jepun mendedahkan, cap jari tangan seseorang boleh dicipta semula melalui gambar yang diambil dari jarak tiga meter jauhnya.

Tambah mereka, penggodam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari selagi gambar yang diambil itu terang dan jelas.

Apabila ia berjaya diperoleh, penggodam boleh mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang (seperti maklumat perbankan) melalui telefon pintar ataupun tablet dengan mudah.

Kesimpulannya, biarpun sistem biometrik yang menggunakan pengesanan cap jari, mata dan wajah dilihat sebagai satu sistem keselamatan hebat, pengguna tetap perlu sentiasa berhati-hati.

Ini kerana, kehebatan penggodam era kini dalam bidang teknologi, sentiasa melihat peluang yang dicipta oleh pengguna (tanpa mereka sedari) untuk mencuri segala maklumat demi kepentingan mereka.

Sumber: www.alphr.com/security/1005131/peace-sign-selfies-could-hand-hackers-your-fingerprint

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS