#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat AMARAN KEPADA PEROKOK

#JomBeringat

Mulai 1 Januari 2020, larangan merokok di premis makanan di seluruh negara akan dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ingat! Jika ingkar, perokok atau pemilik premis makanan boleh dikenakan kompaun sehingga RM350 bagi sesuatu kesalahan.

Kesalahan ini bukan sahaja dikuatkuasakan terhadap rokok semata-mata, malah rokok elektronik (vape), shisha dan alat pemanasan tembakau.

Berikut adalah tempat-tempat larangan merokok:-

1. Tempat makan berhawa dingin atau tidak berhawa dingin atau di luar bangunan yang dijadikan kawasan kedai makanan, restoran dan juga medan selera,

2. Gerai-gerai makanan,

3. Kenderaan yang bergerak yang menyediakan kemudahan meja dan kerusi untuk makan dan minum, dan

4. Semua restoran yang berada di atas kapal dan kereta api.

Sumber - Berita RTM

Image may contain: one or more people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS