#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat PILIH KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK YANG SELAMAT

Mulai hari ini, 1 Januari 2020 telah diwajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak terhadap semua kereta yang membawa anak kecil di bawah ketinggian 135 sentimeter (cm).

Namun, masih terdapat kerusi keselamatan kanak-kanak tanpa piawaian dijual dengan harga yang murah secara berleluasa didalam talian. Ini mendorong para ibu bapa membelinya tanpa menyedari risiko penggunaannya jika kelengkapan itu tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan.

Kerusi keselamatan kanak-kanak tanpa piawaian ini amat bahaya dan boleh mengancam nyawa anak anda apabila berlaku hentaman semasa kemalangan.

Pautan di bawah merupakan garis panduan kerusi keselamatan kanak-kanak yang dikeluarkan oleh "Malaysian Institute of Road Safety Research" (MIROS) bagi membantu para ibu bapa dalam memilih kerusi keselamatan yang selamat.

https://miros.gov.my/xs/dl.php…

Sumber: MIROS

Image may contain: people sitting
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS